Saturday, 12 July 2014

Prologue

Prologue
Great Siege adalah merupakan satu bandar yang tersohor kira-kira 5000 tahun yang lalu. Bandar yang didiami ratusan ribu rakyat yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Era ini,wujudnya pelbagai kaum yang hidup harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain. Lima jenis kaum semuanya.  Kaum yang termasyur dipanggil golongan manusia. Memiliki sosok tubuh paras sederhana dan juga terdiri daripada dua jantina yang berbeza. Saling memerlukan antara satu sama lain demi meneruskan kemandirian generasi seterusnya. Setahun jagung lagi, anak-anak lelaki manusia diasah bakat mereka untuk menggunakan pedang. Hal ini, manusia menjadi satu kaum yang digeruni dengan ketangkasan mereka bermain pedang. Kaum lain yang lebih kecil badan mereka dipanggil kaum bunian. Memiliki cuping telinga yang lebih panjang jika mahu dibandinkan dengan manusia. Tidak banyak ciri-ciri mereka yang diketahui oleh kerana sifat mereka yangpendiam.

Meskipun begitu,kehebatan mereka dalam bidang memanah busur amatlah dikagumi. Masakan tidak, buruan 300 meter jauhnya masih tepat dan jitu panahan mereka. Ada juga kaum di bandar tersebut yang nomad cara kehidupan mereka. Lebih suka tinggal di tepi sungai dan ikan sebagai sumber mereka. Mereka digelar Engkidu dan Lapin. Dua kaum ini hidup penuh toleransi antara satu sama lain meskipun berbeda keturunan. Engkidu yang kuat ototnya dan besar saiznya manakala Lapin amat kecil jika mahu dibandingkan dengan Engkidu, hanya paras lutut tinggi mereka.

Dwarf merupakan kaum yang pandai menempa senjata. Tidak kira apa jenis sekalipun asalkan bahan untuk menempa berkualiti. Sangat gemar akan buah-buahan terutamanya Epal, menghabiskan minimum 50 biji epal sehari dan mengakibatkan buncit di perut.

Bandar semakin maju dan moden hasil dari peningkatan ekonomi. Keharmonian antara semua kaum menjadikan bandar ini bandar yang suci daripada darah. Kanak-kanak bahagia bermain tanpa perlu memikirkan soal keselamatan. Mereka yang berniaga juga dapat memungut hasil perniagaan yang lumayan setiap hari kerana hanya sedikit sahaja cukai yang dikenakan. Akan tetapi, manusia semakin hari semakin kuat dan pemimpin dilantik daripada kalangan mereka. Kehebatan menghayun pedang tidak ada tandingannya dengan kaum lain.

Sehinggalah muncul tiga kuasa besar yang dipimpin oleh tiga raja. Semuanya berketurunan manusia dan memiliki puluhan ribuan askar dari semua kaum. Merebut satu takhta dan ingin memerintah dunia. Sifat hasad dengki antara mereka semakin hari semakin mendalam. Akhirnya masing-masing mengisytiharkan perang. Selama 70 tahun lamanya dalam era peperangan, akhirnya Great Siege terpecah kepada tiga kawasan. Pertama, Town Of Freedom suatu bandar yang menginginkan kebebasan. Kedua, Kingdom Of Faith bandar yang memperjuangkan Ketuhanan dan yang terakhir Empire Of Rule bandar yang mahukan tampuk pemerintahan.

Masing-masing memperjuangkan nilai-nilai yang murni, tetapi kerana ego dan sombong mereka sebenarnya menginginkan tampuk pemerintahan yang mutlak. Dunia tidak lagi aman dan kucar kacir. Ramai yang terkorban, anak-anak yang dahulunya riang bermain tidak lagi mengenal apa itu dunia. Hidup dalam kesempitan dan penuh ketakutan. Bila-bila sahaja kerajaan mereka akan diserang. Kini, Kingdom memonopoli kekuatan peperangan kerana 60% rakyat mereka adalah manusia. Dua kerajaan yang lain diasak teruk tetapi masih mampu berdiri utuh dengan pemabaharuan senjata dari semasa ke semasa.

Hari demi hari, peperangan menjadi semakin serius. Demi menjadi lebih kuat, ilmu sihir diperkuatkan. Kaum wanita sudah mula mengikuti suami berperang walaupun hanya membantu dalam urusan merawat, kaum Lapin yang kecil saiz mereka berperanan sebagai mata-mata untuk memperoleh maklumat musuh. Kaum Engkidu pula diasah kulit mereka menjadi tebal dan melindung kerajaan dengan pertahanan mereka yang tebal. Dwarf tidak berhenti dengan pembaharuan senjata untuk bala tentera. Peperangan berlanjutan dan seperti tiada penghujungnya. ~


No comments:

Post a Comment