Saturday, 12 July 2014

Cheritera1: Kebangkitan Mitos

Cheritera 1
“Suatu hari nanti, kita pasti akan berjumpa lagi. Aku harap kau tidak akan pernah lupakan aku. Sahabat.” Masih  terngiang-ngiang dikepalaku kata-kata itu. Suatu kata yang amat bermakna buatku. Aku mengagahkan diri untuk ke bilik air meskipun badan masih lemah dan tidak berdaya kerana keletihan berkerja kelmarin.

“Tup, tup, tup.” Pintu rumah diketuk dan ada suara memanggil dari luar.

Aku dengan lemah gemalai membuka pintu.

“Wei, kau kata mahu teman cikgu kita mencuci perpustakaan hari ini.” Seorang lelaki lampai dan kurus menyapaku. Dialah Jaimala, pelajar pintar dari kelas pertama yang sangat rapat denganku. Meskipun mulut murai, namun dialah yang banyak membantuku dalam pelajaran. Kami bersahabat semenjak dibangku sekolah lagi, telinganya lebih cuping dariku dan itu memang lumrah kerana kami berbeza kaum. Ketinggian kami hampir sama dan bagi kaumnya dia agak tinggi kerana secara umumnya kaumnya lebih rendah dari kaum manusia.

Aku berketurunan manusia, keluargaku biasa-biasa sahaja bukan dari golongan atasan. Cuma peniaga kecil-kecilan. Namaku Danial, tidak ada apa yang istimewa bagiku. Malahan aku ini banyak kelemahan jika dibandingkan teman sekaumku. Masing-masing dapat menguasai kemahiran berpedang dengan bagus. Aku pula, memegang pedang juga kekok. Kerana selalu diketepikan oleh rakan-rakan sekelasku, aku selalu menyendiri di hutan sebelah. Sebuah pondok lama dibina disitu, kata ayah ianya milik pakcikku 10 tahun yang lalu. Jadi, aku selalu bermain disitu.

Aku tidak dapat fokus dalam pelajaran atas kekuranganku, disitulah Jaimal muncul dan menghulurkan bantuan padaku. Atas nasihat daripadanya aku bertukar aliran kelas dan kini aku mula berjinak-jinak dalam dunia sihir. Walaupun sihir tidaklah sehebat berpedang tapi ia lebih mudah difahamiku. Aku hanya belajar sihir untuk membuat ubat-ubatan, berbeza dengan Jaimala yang lebih arif dalam dunia sihir. Dia juga sama sepertiku, kerana kekok untuk untuk memegang busur panah dia diketepikan. Meskipun begitu, pilihannya untuk belajar sihir adalah satu pilihan yang tepat. Kini lebih 200 mantera dikuasainya dengan cekap, termasuklah sihir untuk berperang.

Sihir berperang digunakan ketika berperang kerana sihir tersebut boleh mendatangkan kecederaan yang serius pada mangsanya. Namun ianya memerlukan latihan yang gigih dan sukar untuk dipelajarinya. Ahli sihir tertinggi juga hanya ada 20 di sini.

“Cepat bersiap, aku tunggu kamu diluar sahaja.”

“Iyalah, sebentar”

Aku hanya bersekolah di akademi biasa-biasa sahaja lantaran keluargaku yang berpendapatan sedikit . Jaimal yang kaya menolak tawaran bapanya untuk menuntut di akademi yang lebih bagus kerana ingin bersamaku. Akademi terbagus disini ialah Akademi Rowborn. Terletak di utara bandar, hanya yang kaya sahaja mampu membiaya. Katanya akademi tersebut dipelopori oleh penuntut wanita. Dikatakan, pasukan skuad elit dalam peperangan lepas dapat menumpaskan hampir separuh tentera Kingdom dan mereka adalah skuad yang terdiri daripada gadis akademi tersebut. Aku yang mendengar sahaja malu dengan kelemahanku.

Untuk ke perpustakaan kami perlu melepasi 3 anak tangga. Perpustakaan tidak jauh dari bilik darjahku, kerana itulah aku dan Jaimala selalu ke sini untuk membaca buku. Jaimala membuka tombol pintu. Dari sudut aku dapat melihat seorang lelaki bersusuk besar sedang menyusun almari, dia dari kaum Engkidu. Peramah orangnya, tetapi bukan dia yang kami cari.

“Hello my dear students.”  Seorang wanita muda menyapa kami.

“Hello Puan Loi.” Jawab kami serentak.

Wanita muda ini bertanggungjawab menguruskan stor perpustakaan. Oleh kerana  kekurangan kakitangan dia melantik kami berdua sebagai pembantu peribadinya. Sebagai balasannya, Puan Loi akan memberi kami pinjam buku dari perpustakaan ini. Tidak semua pelajar dibenarkan untuk meminjam, hanya tertentu sahaja.

“Apa yang puan mahu kami buat hari ini?” Jamaica bertanya.

“Hari ini saya mahu kamu tolong saya susun atur kembali buku-buku di dalam stor. Pastikan buku-buku yang lama dibuang kerana stok baru akan sampai dua hari lagi”

Kami hanya menurut, kaki kami melangkah ke pintu stor yang terletak di belakang. Sejurus membuka pintu, habuk menusuk hidungku. Aku bersin seketika kerana alah kepada habuk.

“Berapa lama stor ini tidak diurus Jai?” Tanyaku.

“Mana aku tahu, baru tahun ini kita dilantik oleh Puan Loi.”  Jaimala membaca satu mantera lantas obor-obor api di dinding menyala dengan sendiri menyuluh stor yang gelap.

“Wah, nanti ajarkan aku mantera itu ya. Hahaha”

“Buku pelajaran kita kan sudah ada, saja mahu menyindir aku kamu ini”

Aku tertawa kecil.

Kami mula mengangkat buku-buku lama dan dikumpulkan di penjuru stor. Tidak lama kemudian, Puan Loi turut serta mengagihkan buku-buku lama di dalam stor bersama kami.  Satu demi satu buku usang dibelek dengan penuh teliti agar tiada buku yang tercicir. Tiba-tiba Jaimala menegurku.

“Dani, aku jumpa buku yang menarik!”

“Kau ini, setiap buku yang kau tunjukkan tak ada satu pun menarik. Hanyalah buku-buku mantera untuk pikat perempuan.” Aku tidak mengendahkannya.

“Ini serius Dani, cuba kau tengok.”

Aku menoleh kearahnya sebentar. Sebuah buku coklat usang ditunjukkan padaku. Jaimala membelek dan menunjukkan kandungan buku itu kepadaku. Tertera tajuknya yang berjudul ‘Tongkat Yang Hilang’.

“Ini buku cerita kanak-kanaklah Jai”

“Mana mungkin, kamu tengok tarikh buku ini ditulis. Ianya ditulis kira-kira 4000 tahun yang lalu.”

“Jadi?” Aku berkerut.

“Bilakah bandar kita mula-mula terbina?”

“Err… aku tidak pasti. Mungkin puluhan tahun yang lalu. Atau mungkin ratus tahun.” Aku tersenyum nipis.

“Itu bererti buku ini bukan buku dari zaman kita. Ianya dari zaman pemerintahan purba Great Siege!” Jaimal bertegas.

Aku mula tertarik dan mula menunjukkan reaksi positif. Kami berdua membaca penuh teliti.

Kelumpuhan Negara boleh berlaku
bila-bila masa sahaja,
Raja sudah uzur dan tidak lama
lagi usianya pasti berakhir juga,
Ini adalah utusan darinya,
Demi menjaga keharmonian
dan kesatuan,
Baginda telah mengamanahkan
datuk saya R.Eriole
untuk memastikan keamanan dapat dikekalkan.
Datuk saya kini menjadi
seorang raja,
tetapi tugasnya bukanlah mudah,
Banyak tentangan diterimanya,
Satu senjata mutlak dibinanya,
Senjata yang dibina daripada Dewa Batu,
Ditempa oleh 100 Dwarf tersohor,
Senjata ini amat dasyat,
Satu libasan mampu melumpuhkan 100 armada,
Satu libasan mampu memusnahkan satu kota,
hanya ‘dia’ sahaja tahu
menggunakannya.
Kini, setelah pemergiannya,
Senjata itu dijaga saya,
Senjata mutlak tidak dapat dihancurkan,
Kerana itu saya menguncinya.
Sekian, R.Erola

Aku hanya terpaku membaca. Jamaila membuka helaian seterusnya tetapi kandungannya berbeza.
“Hanya ini sahaja tentang tongkat itu?”

Aku mengeluh.

Mataku membaca sekali lagi. Ada sesuatu bermain difikiranku, tapi aku tidak tahu apa.

“Dani, kamu perasan sesuatu?”

“Perasan apa?”

“Perhatikan, surat ini ditulis oleh R.Erola. Pemimpin yang terulung dan merupakan ahli sihir pertama didunia. Dalam surat ini dikatakan satu libasan mampu menghancurkan kota. Sedia ada kita tahu, pedang tidak boleh menghancurkan kota. Ini membuktikan zaman ini telah membuktikan kuasa besar datangnya dari perbuatan sihir.”

Aku berkerut, masih belum jelas apa yang cuba disampaikan Jamaila.

“Maksud kamu?”

“Masih kamu ingat cerita purba  tentang pendeta menolong seorang raja pertahankan kota daripada ombak besar melanda dan seorang ahli pengembara selamatkan kota daripada serangan ribuan musang?”

“Ya! Aku sangat suka cerita itu!”

“Aku merasa bahawa itu bukan cerita semata-mata, kerana menurutku jarak antara dua cerita ini sekitar 700 tahun. Ada juga sebuah kisah tentang seorang sami menolong raja menghancurkan sebuah gunung demi pengaliran air kepada rakyat.”

“Jadi! Maksud kamu.. Pendeta, sami dan pengembara adalah orang yang sama?” Aku mencelah.

“Mengikut sejarah, Raja Kelima Great Siege iaitu Raja R.Erola juga telah hilang sebelum tampuk pemerintahannya diambil oleh raja baru sebelum bermula perpecahan Negara. Aku rasa, ada sesuatu yang tidak kena fasal kehilangan R.Erola dan kemunculan pemuda yang menolong raja. Kenapa pemuda itu tiada cerita mendalam tentangnya, padahal dia telah menolong perkara yang Raja tidak mampu buat.”

“Okey semua, saya dah siap susun buku lama. Buku-buku yang kamu kumpulkan itu tinggalkan sahaja. Nanti  pekerja akan buangkan.” Puan Loi mencelah masuk dan telah membuatkan kami terkejut.

Aku melihat Jamaila masih berfikir.

“Puan, boleh kami mengambil buku ini? Kami ingin membaca kandungannya dengan lebih lanjut.”

“Ya, boleh saja. Lagipun ianya sudah lama.”

Aku dan Jamaila tersenyum.

***
“Ini tidak boleh jadi! Kita harus bertindak segera!” Raja Chil bertegas.

“Maaf tuanku, tapi ramai tentera telah tercedera hasil peperangan lepas. Mereka masih dalam rawatan. Kalau dipaksa, ianya hanya akan mendatangkan kerugian.” Andrew menjawab. Dia adalah seorang menteri  tertinggi di Town Of Freedom.

“Kalau begitu, kerahkan skuad elit kita!”

“Kenapa perlu kerahkan sekarang? Benteng terakhir kita hanyalah bergantung pada skuad elit kita. Jika mereke kalah dalam pertempuran, ini adalah pengakhiran untuk Negara kita Tuanku.”

“Jadi, apa yang Beta boleh buat dalam keadaan sekarang ini? Hanya itu jalannya. Jika tidak, negara  kita akan dijajah.” Raja Chil berkeras. Seorang raja muda yang amat disegani oleh rakyat dan pemimpin.

“Baiklah, akan patik aturkan semuanya Tuanku. Patik  akan menghantar beberapa penuntut sihir dari 5 buah akademi sebagai pembantu rawatan.”

“Buatlah apa sekalipun, Beta tidak mahu rakyat terseksa.”

***
Mereka masih bersahaja dan tenang meskipun mereka tahu, bila-bila masa sahaja mereka akan berperang. Itulah skuad elit dari Akademi Rowborn. Walaupun mereka adalah perempuan, semangat kental mengalahkan kaum lelaki. Skuad elit terdiri daripada 150 orang, mereka dibekalkan dengan senjata yang sangat canggih. Skuad ini terbahagi kepada 4 kumpulan. Kumpula A yang terdiri daripada kaum manusia yang akan bertempur jarak dekat. Kumpulan B pula terdiri daripada kaum bunian, arif dan pakar dalam tempur jarak jauh dengan busur panah api. Kumpulan C daripada kaum Engkidu sebagai benteng pertahanan. Kumpulan D daripada kaum Lapin, mereka akan melaporkan status terkini situasi peperangan.

“Azur, kau mahu makan dimana hari ini?”

“Aku rasa mahu makan di bilik sahaja hari ini. Panas makan di tingkat bawah”

Azur yang berpakaian blaus biru menaiki tangga bersama rakannya. Merupakan ketua Kumpulan A dan sudah banyak pengalaman dialaminya. Sejak kecil lagi, dia amat jaga penampilannya dan membesar menjadi seorang gadis yang jelita. Namun, kerana peperangan 3 tahun lepas telah mengorbankan ibu dan ayahnya. Kini dia hanya memiliki seorang abang sebagai peneman hidupnya. Dengan harta yang ditinggalkan bapa kepadanya, dia menceburi dalam bidang peperangan. Semangat kental ingin menuntut bela pada keluarganyalah yang membawanya sekarang ini.

“Ting, ting,ting!” Loceng amaran berbunyi.

“Nampaknya kita tidak dapat makan dimana-mana hari ini.” Azur tersenyum.

Semua skuad berkumpul di dataran, Menteri Andrew memberi ucapan.

“Selamat sejahtera, atas arahan baginda Raja Chil, baginda mengarahkan agar skuad elit dikerahkan segera untuk bertempur dengan Kingdom Of Faith yang menyerang Negara kita secara mengejut! Mengikut maklumat risikan, mereka kini berada 40Km daripada pintu gerbang. Harap semua bersedia!”

“Demi kesejahteraan Negara!” Menteri Andrew melaung kata semangat.

“Nampaknya ini bukan perang yang biasa.” Azur berbisik pada rakannya.

“Ya, kita dibekalkan jururawat khas hari ini. Sudah pasti kita tidak boleh kalah hari ini.” Rakannya menjawab.

“Ayuh bersiap.” Azur menuju bilik peribadinya. Di dalam terdapat seseorang sedang menguruskan kelengkapannya.

“Selamat berkenalan, saya Azur. Harap kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam situasi genting nanti.” Azur menghulur untuk berjabat tangan.

“Ya, selamat berkenalan juga. Saya Ami. Jururawat peribadi kamu.”

Azur mengenakan pakaian suit hitam dan juga mantel merah. Setiap ketua skuad akan memakai mantel sebagai lambang pejuang terulung Negara. Pisau kecil diselitkan di stokinnya. Pedangnya dihunus ke depan dan didekatkan pada mukanya. Ditilik mukanya pada pedang yang berkilat itu.

“Ayah, mak. Azur akan berperang hari ini, Azur akan tuntut bela.Azur janji!” Air mata menitis membasahi pedangnya.

Ami menepuk lembut bahunya. “Kakak usahla risau, saya doakan kak berjaya.”

Azur tersenyum.

Mereka menunggang kuda hitam yang dilatih khas untuk berperang. Ami mengikut dari belakang dengan kuda putih. Kuda putih pula dilatih khas agar lebih tangkas dalam situasi genting. 150 kuda elit meluru ke hadapan dengan laju, mereka bagaikan sudah bersedia dengan apa jua yang akan menimpa mereka. Kira-kira 1000 ekor kuda mengekori mereka dari belakang yang terdiri daripada skuad jururawat dan tentera tambahan.

“Aku tidak akan kalah hari ini! Tidak sama sekali!”

Penduduk kota menunduk hormat ketika tentera-tentera  berlalu menuju ke pintu gerbang. Semua tentera akan mengelilingi kota terlebih dahulu sebagai adat penghormatan sebelum berperang.

Semua tentera sudah siap menuju keluar bandar. Kelibat musuh sudah samar-samar di penglihatan. Skuad pemanah akan melancarkan busur api terlebih dahulu sebagai permulaan. Diikuti skuad Engkidu yang berkulit tebal sebagai pertahanan. Skuad manusia hanya menunggu untuk bertindak.

Menteri tertinggi Andrew hanya memerhati dari tingkat atas istana. Raja Chil juga turut bersama, baginda menaruh harapan tinggi pada skuad elit. Itulah harapan terakhir Negara.

“Berapa anggaran pihak musuh kita kali ini?” Raja Chil bersuara.

“Mengikut risikan, serangan kali ini sekitar 800 orang. Kerana mereka juga ramai yang tercedera dalam peperangan yang lepas.”

“Oh..kalau begitu..”

“Tidak!!” Andrew dalam keadaan terketar-ketar menundukkan kepala. Perasaan ketakutan melanda, satu tubuh badannya menggigil. Seolah-olah ada harimau ingin membahamnya.

“Kenapa Andrew? Ceritakan pada Beta!” Raja Chil berdiri.

“Risikan kita salah Tuanku. Kali ini Kingdom membawa 3000 tentera!”

Raja Chil tidak terkata, hanya tergamam sebentar. Matanya tajam melihat medan peperangan seolah-olah dia nampak segalanya. Tangannya menggenggam erat sehingga darah mengalir keluar.

“Apa yang kamu fikirkan Raja Djin! Adakah Kingdom Of Faith begitu sekali mahu hancurkan negara beta.” Raja Chil bersuara kecil. Dia berpaling, dan menurun tangga.

“Tuanku?”

“Andrew, siapkan kelengkapan perang beta. Sediakan tongkat sihir beta. Arahkan 20 ahli sihir tertinggi berkumpul di depan istana. Kali ini beta sendiri akan hancurkan mereka dengan satu libasan!”
“Tuanku ?”

***

“Tiada tempat lainkah mahu kita pergi Dani? Sepanjang kita berkawan, hampir setiap hari kita habiskan masa di pondok pakcik kamu ini.” Jaimala mengeluh.

“Hahaha, sini tempat paling bagus dan udaranya nyaman. Dari atas pondok kita dapat melihat bandar dengan jelas.” Aku memujuknya. Sebenarnya dialah yang selalu memujukku untuk bersantai di pondok.

Kami berdua melangkah masuk kedalam hutan. Bunyi cengkerik sayup kedengaran, kalau kami tidak bersuara hanya flaura dan fauna memecah kesunyian. Pondok tidaklah terlalu jauh, hanya perlu menyeberang sebatang sungai yang cetek.

“Jaimala, siapa dewa batu? Daripada tadi lagi aku mahu bertanya.”

“Oh, Dewa Batu merupakan satu mitos nenek moyang kita. Dikatakan hampir separuh bandar besar dihancurkan mereka. Tiada pedang yang dapat mencederakan mereka malah badan tidak tercalar sedikitpun. Mereka diperbuat daripada batu keluli Golem. Ianya dipercayai batu paling keras dan masih tidak dapat dipecahkan walau 1000 kuasa Engkidu.”

“Wah, begitu hebat. Tidak sangka ada mitos sebegini.” Aku tersenyum.

“Ya, Golem juga ada kuasa sakti mereka tersendiri. Misalnya, Dewa Batu dapat membunuh musuhnya dengan senang walaupun musuh itu berperisai tiga lapis. Menurut buku yang aku baca, kuasa mereka meningkat jika perisai pihak musuh bertambah. Oleh itu, tentera Great Siege berperang hanya baju biasa sahaja.”

“Saya masih musykil, bagaimana mereka dapat bertahan dengan serangan yang begitu dasyat dalam jangka masa yang lama. Bagaimana peperangan itu berakhir?”

“Benar kata kamu, Dewa Batu yang setinggi pohon kelapa dan kuat itu sepertinya mustahil untuk ditentang. Tetapi, Dewa Batu ada hadnya tersendiri untuk berada di dunia kita. Oleh kerana mereka makhluk alam lain, mereka hanya mampu bertahan 15 minit di alam kita. Setiap serangan akan dilakukan sebulan sekali. Cerita selanjutnya masih menjadi perbualan pakar sejarawan, kerana tiada perincian kisah tersebut.”

“Aneh, bagaimana R.Eriole dapat membina senjata yang begitu dasyat walhal Dewa Batu hanya bertahan 15 minit di dunia?”

“Ini hanya tanggapan aku sahaja. Mungkin R.Eriole menumpukan serangan hanya pada satu Dewa Batu dan cuba mengambil sebanyak mungkin Golem daripadanya. Dengan kecekapan 100 Dwarf, mereka menghasilkan satu senjata magis. Mungkin juga, R.Eriole menentang mereka dengan senjata itu juga.Golem hanya dapat dihancurkan dengan bahannya sendiri.”

Ketika itu, perbualan kami menjadi semakin rancak. Aku merasa ingin tahu lebih lagi kehebatan senjata itu. Siapa tahu, kelak aku dapat melihat senjata itu. Melihat sahaja sudah cukup untukku. Satu senjata ribuan tahun lalu dan amat disegani musuh, tidak kisahlah jika aku kata siapa yang dapat senjata itu pasti dapat kuasai dunia.

Perbualan rancak kami terhenti seketika apabila satu letupan kedengaran dari luar hutan. Kami cepat-cepat menoleh.

“Dani, itukan.. akademi kita?” Jaimala menunding jari tepat kearah letusan itu.

“Negara kita diserang lagikah?” Sungguh, inilah kali pertama kota diserang dari dalam. Biasanya peperangan hanya berlaku luar dari bandar. Mungkin ini bukan serangan biasa.

Tanpa berfikir aku meluru laju kearah letusan. Jaimala berpaut erat leherku.

“Sabar Dani, kita tidak boleh bertindak melulu. Kita boleh mati. Aku ada akal.”

Aku sentiasa percaya pada Jaimala. Strateginya amatlah dikagumi. Sebatang kayu diambilnya dan sebuah bulatan bulat dilakarnya. Sedikit debu ditabur diatasnya dan dia mencurah segelas air. Beberapa mentera dibacanya, aku sendiri tidak pernah dengar mantera itu. Cahaya mula bersinar daripada bulatan itu seolah-olah ada sumber cahaya dari dalamnya. Jaiamala menarikku ke cahaya tersebut. Dan seketika kemudian..

“Tempat ini..” Aku terlopong.

“Ya, ini dalam stor perpustakaan. Aku menggunakan mantera telepati, menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain.”

Benar ini adalah stor yang baru sahaja kami lewati pagi tadi. Tetapi, keadaanya amat teruk skali. Batu dinding pecah sana sini bagaikan baru sahaja dirobohkan oleh satu kuasa yang dasyat. Buku-buku uzur yang kami susun tadi berselerak dan ada diantaranya telah hangus terbakar. Ada timbunan batu-bata yang menutupi almari buku.

“Dani! Tengok di celah serpihan batu belakang kamu.” Jamaila berteriak.

Aku mencari-cari arah yang ditunjukkan Jamaila. Aku terkejut, ada sekujur badan sepertinya tertimbus di dalam timbunan batu. Sepertinya aku kenal baju itu.

“Itu mungkin tentera dari skuad elit kita!” Aku bertegas sambil mendapatkan mangsa itu.
Aku mengangkatnya, ada darah mengalir keluar daripada helmetnya. Aku membuka helmet dengan penuh berhati-hati agar tidak terkena lukanya. Mataku terbeliak.

“Dani, ini bukan daripada skuad kita. Dia..”

“Ya, aku tahu. Aku pernah melihat mukanya sekali ketika cikgu mengajar dalam akademi.Dia ialah Puteri Emilia. Puteri dari kerajaan Kingdom Of Faith..”

Apa yang dia buat disini? Kenapa berpakaian skuad elit Negara ini.

***




Prologue

Prologue
Great Siege adalah merupakan satu bandar yang tersohor kira-kira 5000 tahun yang lalu. Bandar yang didiami ratusan ribu rakyat yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Era ini,wujudnya pelbagai kaum yang hidup harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain. Lima jenis kaum semuanya.  Kaum yang termasyur dipanggil golongan manusia. Memiliki sosok tubuh paras sederhana dan juga terdiri daripada dua jantina yang berbeza. Saling memerlukan antara satu sama lain demi meneruskan kemandirian generasi seterusnya. Setahun jagung lagi, anak-anak lelaki manusia diasah bakat mereka untuk menggunakan pedang. Hal ini, manusia menjadi satu kaum yang digeruni dengan ketangkasan mereka bermain pedang. Kaum lain yang lebih kecil badan mereka dipanggil kaum bunian. Memiliki cuping telinga yang lebih panjang jika mahu dibandinkan dengan manusia. Tidak banyak ciri-ciri mereka yang diketahui oleh kerana sifat mereka yangpendiam.

Meskipun begitu,kehebatan mereka dalam bidang memanah busur amatlah dikagumi. Masakan tidak, buruan 300 meter jauhnya masih tepat dan jitu panahan mereka. Ada juga kaum di bandar tersebut yang nomad cara kehidupan mereka. Lebih suka tinggal di tepi sungai dan ikan sebagai sumber mereka. Mereka digelar Engkidu dan Lapin. Dua kaum ini hidup penuh toleransi antara satu sama lain meskipun berbeda keturunan. Engkidu yang kuat ototnya dan besar saiznya manakala Lapin amat kecil jika mahu dibandingkan dengan Engkidu, hanya paras lutut tinggi mereka.

Dwarf merupakan kaum yang pandai menempa senjata. Tidak kira apa jenis sekalipun asalkan bahan untuk menempa berkualiti. Sangat gemar akan buah-buahan terutamanya Epal, menghabiskan minimum 50 biji epal sehari dan mengakibatkan buncit di perut.

Bandar semakin maju dan moden hasil dari peningkatan ekonomi. Keharmonian antara semua kaum menjadikan bandar ini bandar yang suci daripada darah. Kanak-kanak bahagia bermain tanpa perlu memikirkan soal keselamatan. Mereka yang berniaga juga dapat memungut hasil perniagaan yang lumayan setiap hari kerana hanya sedikit sahaja cukai yang dikenakan. Akan tetapi, manusia semakin hari semakin kuat dan pemimpin dilantik daripada kalangan mereka. Kehebatan menghayun pedang tidak ada tandingannya dengan kaum lain.

Sehinggalah muncul tiga kuasa besar yang dipimpin oleh tiga raja. Semuanya berketurunan manusia dan memiliki puluhan ribuan askar dari semua kaum. Merebut satu takhta dan ingin memerintah dunia. Sifat hasad dengki antara mereka semakin hari semakin mendalam. Akhirnya masing-masing mengisytiharkan perang. Selama 70 tahun lamanya dalam era peperangan, akhirnya Great Siege terpecah kepada tiga kawasan. Pertama, Town Of Freedom suatu bandar yang menginginkan kebebasan. Kedua, Kingdom Of Faith bandar yang memperjuangkan Ketuhanan dan yang terakhir Empire Of Rule bandar yang mahukan tampuk pemerintahan.

Masing-masing memperjuangkan nilai-nilai yang murni, tetapi kerana ego dan sombong mereka sebenarnya menginginkan tampuk pemerintahan yang mutlak. Dunia tidak lagi aman dan kucar kacir. Ramai yang terkorban, anak-anak yang dahulunya riang bermain tidak lagi mengenal apa itu dunia. Hidup dalam kesempitan dan penuh ketakutan. Bila-bila sahaja kerajaan mereka akan diserang. Kini, Kingdom memonopoli kekuatan peperangan kerana 60% rakyat mereka adalah manusia. Dua kerajaan yang lain diasak teruk tetapi masih mampu berdiri utuh dengan pemabaharuan senjata dari semasa ke semasa.

Hari demi hari, peperangan menjadi semakin serius. Demi menjadi lebih kuat, ilmu sihir diperkuatkan. Kaum wanita sudah mula mengikuti suami berperang walaupun hanya membantu dalam urusan merawat, kaum Lapin yang kecil saiz mereka berperanan sebagai mata-mata untuk memperoleh maklumat musuh. Kaum Engkidu pula diasah kulit mereka menjadi tebal dan melindung kerajaan dengan pertahanan mereka yang tebal. Dwarf tidak berhenti dengan pembaharuan senjata untuk bala tentera. Peperangan berlanjutan dan seperti tiada penghujungnya. ~